TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 30 Mac 2012

PEMIMPIN BISEKSUAL PILIHAN NIK AZIZ

Views
Nampak gayanya 'fundamental' PAS selama ini untuk memperjuangkan Islam sudah berpusing kepada 360 darjah. Pilihan utama Nik Aziz dan Hadi Awang adalah PEMIMPIN BISEKSUAL. Jika tidak masakan kamera yang memperlihatkan aksi-aksi panas di antara Anwar Ibrahim dan China Doll digelar sebagai BESI yang TIDAK BERMATA. Sementelah lagi hubungan Anwar Ibrahim dengan si Saiful yang di putuskan oleh Mahkamah sebagai hubungan SUKA SAMA SUKA pun di sambut dengan sorak tangis gegak gembira. 
Rupanya MORAL bukan ukuran utama untuk menjadi pemimpin. Janji pandai pikat perempuan mahupun  lelaki, barulah layak memegang jawatan Perdana Menteri. Atau mungkin rakyat Malaysia inginkan perubahan kepada pemimpin yang BISEKSUAL??? Tepuk dada tanya selera!!!!

APAKAH RASUAH POLITIK PALING TINGGI?

Views
Undi PAS boleh masuk masuk SYURGA. Tidak laksana HUDUD sama hukum dengan KAFIR.
Parti lain mana mampu menjanjikan bintang dan bulan seperti yang PAS momokkan selama ini. Bukan tak mampu takut melebihi AL-MALIK, Pemilik Semesta Alam. Dan jika ganjaran SYURGA diberikan kepada sesiapa yang memangkah PAS, sesungguhnya ini boleh disamakan sebagai RASUAH POLITIK paling tinggi melangkaui batas kemampuan seorang yang bergelar HAMBA kepada SANG PENCIPTANYA.
P/S: Mungkin disebabkan doa Nik Aziz yang maksumnya setaraf nabi menyebabkan beliau boleh berdoa apa sahaja waima doa kecelakaan kepada sesiapa yang diingininya. Umpama UMNO ini musuh yang amat jahat sehingga tiada  langsung kebaikan kerajaan dalam membantu rakyatnya. Fikir-fikirkan lah!!!

Khamis, 29 Mac 2012

ANWAR IBRAHIM SUDAH MULA HILANG TANJAK

Views
Jika pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat si Saiful Bukhari sebagai satu bentuk kemenangan bagi insan yang digelar 'anugerah tuhan' kepada Wan Azizah, rupanya panas cuma sampai ke petang. Adakah pembebasan Anwar Ibrahim kini mula menjadi mimpi ngeri apabila rupanya tembelang si Anwar ini sudah mula terbuka kian sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah jika sudah busuk manakan mampu di cuci baunya.
Daripada isu sokongan terhadap Israel yang memaksa Nik Aziz dan Hadi Awang untuk bertindak 'sewel' menyatakan Israel itu baik dan boleh di buat sahabat, kini timbul pula isu saman terhadap Nallakaruppan kerana mengaitkan bahawa BISEKSUAL TIDAK BOLEH MENJADI PERDANA MENTERI kerana Anwar Ibrahim seorang biseksual yang sukakan perempuan mahupun lelaki. Dan lebih terkini hubungan Anwar dengan Isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang di nyatakan oleh Datuk S Nallakaruppan sebagai membuahkan hasil. Hasil yang macam mana belum lagi di dedahkan.
Nampak gayanya jika diberi pilihan agaknya lebih baik Anwar Ibrahim dituduh bersalah oleh mahkamah dan ditahan ketika pertuduhan liwat oleh si Saiful daripada di londeh dan ditelanjangkan satu demi satu oleh sahabat baik beliau sendiri iaitu Datuk S Nallakaruppan.
P/S; Apa jenis suami Azmin Ali ini agaknya, sanggup diberikan isterinya kepada bos sendiri. Hukum Karma, jika mahkamah rakyat boleh terlepas belum tentu lagi mahkamah akhirat. Dan mahkamah dunia sudah mula mengadili sekali lagi. Apakah mungkin baju kebal yang dimiliki Anwar Ibrahim masih lagi mampu menahan daripada tembusan peluru Nallakaruppan, Tunggu..!!!

AZIZAN SEMAKIN TEGAS

Views
Kelihatan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah semakin tegas dalam membuat keputusan. Terkini apabila beliau bertegas bahawa Pas Kedah akan tetap menggunakan formula 2008 dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU ke 13) dimana Pas akan meletakkan wakil di 24 kawasan DUN dan 8 kerusi di kawasan Parlimen. Tiada kompromi lagi dengan PKR mahupun DAP walaupun sebelum itu DAP bertegas mahu tambahan kerusi dalam PRU ke 13 dan tidak menolak kemungkinan bertanding tiga penjuru jika hasrat tidak tercapai.
"Apa sahaja perubahan kelak hanya babitkan 12 kerusi antara PKR dan DAP. Pas kekal 24 kawasan DUN," ujar Azizan
"Akar umbi tiada kuasa untuk menentukan siapa layak bertanding atau kerusi itu milik parti mana. Perkara ini diputuskan oleh peringkat negeri. Ianya tidak pernah berlaku, tak kan kita nak serah kerusi milik kita pada pihak lain, semua sudah selesai dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal Pakatan Rakyat (PR)", katanya.
P/S: Nampak gayanya apa yang di katakan pembangkang sebagai UMNO yang sengaja memperbesarkan isu di Kedah, rupanya memberi kesan kepada kepimpinan Datuk Seri Azizan. Sekurang-kurangnya Datuk Seri Azizan lebih berani di dalam membuat keputusan. Jika tidak semua pemimpin Pas seperti lembu yang ditarik hidung oleh DAP dan PKR.

Rabu, 28 Mac 2012

SPEAKER SELANGOR MAIN KOTOR

Views
Wajarkan seorang speaker memberi arahan kepada setiap Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk menceritakan yang baik-baik sahaja sejak pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor sejak 2008. Tugas speaker sepatutnya berkecuali tetapi di Selangor negeri pimpinan Kerajaan Pembangkang, Speaker pula memberi arahan seperti beliau Menteri Besar Selangor. Dan disebabkan oleh tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim tersebut yang menghantar sms kepada setiap Exco Pembangkang, menyebabkan semua Adun BN keluar Dewan membantah tindakan SMS itu di hantar kepada barisan Exco.
P/S: Daripada kena tipu baik keluar dewan terus. Jika begini gelagat pemimpin parti pembangkang, biar tidak perlu diadakan sidang dewan kerana sudah tahu speaker yang ada akan memihak kepada barisan yang yang beliau minati. Jika perbahasan pergulungan dewan pun dilakukan dengan cara tidak adil, sudah pasti kepimpinan yang sedia ada mentadbir kerajaan Selangor lebih lagi tidak adil. Tetapi mungkin rakyat sekarang lebih menyukai pimpinan yang tidak adil dan kaki auta...Fikir-fikirkanlah!!!

HARGA MINYAK DUNIA NAIK TETAPI KERAJAAN TETAP BAYARKAN UNTUK RAKYAT

Views

Di negara lain seperti lain seperti China dan Indoensia telah pun menaikkan harga minyak ekoran daripada kenaikan harga minyak dunia yang meningkat kesan daripada sekatan penjualan minyak di Iran.
Malah rakyat di dua negara terbabit telah pun menunjukkan rasa tidak puas hati dengan melakukan rusuhan dan demonstrasi secara besar-besaran di atas kenaikan kos bahan api tersebut.
Bersyukur kita kerana kerajaan masih lagi tidak menaikkan harga minyak petrol walaupun harga minyak dunia meningkat melebihi 100 dollar setong. Malah kerajaan turut membayar sebanyak 93 sen selitar bagi Ron 95 kepada setiap pengguna kenderaan di Malaysia, supaya pengguna berasa selesa dan tidak terbeban dengan pelbagai bentuk kos yang semakin meningkat.
P/S: Sudah melebihi lebih 54 tahun kerajaan memberi dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ramai yang tidak sedar kerana mungkin kebajikan yang diberikan telah membuat rakyat merasa begitu selesa. Atau mungkin disebabkan terlalu selesa rakyat ingin pula menukar corak hidup kepada kesukaran. Tepuk dada tanya selera

Isnin, 19 Mac 2012

PAS SEMAKIN TERDESAK : KELIRUKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM BAHAWA YAHUDI ITU BAIK

Views
INILAH KEBAIKAN YAHUDI KEPADA RAKYAT PALESTIN
Yahudi itu baik boleh di buat rakan berniaga. Yang tidak baiknya Zionis kerana membunuh umat Islam Palestin.Nampak sangat Pas semakin terdesak untuk membela sahabat baik mereka Anwar Ibrahim sehingga dihalalkan sahaja perbuatan yahudi, tetapi menuding jari menyalahkan zionis. Sedangkan umum kebanyakan tahu Yahudi dan Zionis umpama badan dan nyawa, tidak mungkin dipisahkan.
Di dalam Al-Quran: Surat Al-Maaidah ayat 82 yang berbunyi :
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: ’Sesungguhnya kami ini orang Nasrani’. Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat para pendeta dan rahib, (juga karena mereka sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.”
Sekiranya di dalam Al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai permusuhan antara Yahudi dan umat Islam, dan buktinya terjelas di depan mata mengenai tindak tanduk Yahudi terhadap rakyat Palestin, PAS kelihatannya sudah 'gelong' orang utara cakap dalam perjuangan kepada Islam. Jika Presiden pun sudah 'gelong' apa yang boleh diharap sangat kepada kepimpinan di bawahan ini!! Jika di kata Parti Ajaran Sesat, sudah pasti berasap telinga, tetapi siapa yang mengajak kepada kesesatan dan menyesatkan minda dan pemikiran jika bukan P.A.S. Dan siapakah yang mencetus kepada kesesatan jika bukan A.I.

Jumaat, 16 Mac 2012

SKMM NAFI ARAH TELCO LAKSANA CUKAI KHIDMAT PRABAYAR 6%

Views
KUALA LUMPUR 16 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 1 Julai ini.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, laporan media itu hanya bersifat spekulasi dan tiada arahan dibuat mengenai isu tersebut.
“Perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.
“Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan,” katanya.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan akan membenarkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan tersebut mulai 1 Julai. 
P/S: Baguslah jika SKMM tidak mengeluarkan arahan supaya cukai khidmat prabayar 6% tidak dilaksanakan terutama dalam tempoh yang terdekat ini supaya tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang suka mencari kesilapan kerajaan.

UNTUNGNYA JADI PEMBANTU RUMAH!!!

Views

Satu amah satu kerja. Gaji minuman RM 700.00 sebulan. Pembantu rumah dari Indonesia yang akan dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus sahaja. Seandainya ditugaskan untuk mengasuh bayi, tugas amah tersebut hanya mengasuh bayi dan majikan tidak dibenarkan mengarah pembantu rumah mereka untuk melakukan kerja-kerja lain selain daripada mengasuh bayi sahaja. Empat bidang khusus tugasan setiap amah adalah memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
P/S: Untungnya amah sekarang, sudahlah dibayar mahal, kerja pula tidak berat, majikan pun sudah tidak boleh mengarah yang bukan-bukan. Tetapi yang ruginya majikan, sudahlah terpaksa berbelanja mahal mengupah pembantu rumah, tetapi kerja yang dibenarkan buat satu sahaja sedangkan ramai pekerja-pekerja Malaysia di sektor lain mendapat gaji yang lebih murah dengan bebanan kerja yang terlalu banyak. Jangan pula lepas ni amah yang diupah naik tocang mengarah majikan sudahlah, kerana yang ada sekarang pun majikan sukar hendak kawal, tambah pula mereka hanya dibenarkan untuk melaksanakan satu tugas sahaja!!!

CUKAI PRABAYAR MULAI JULAI?

Views
Kerajaan dijangka akan membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap penguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Dimana tambahan 60 sen untuk setiap kad tambah nilai RM10.
Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan tersebut, keuntungan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini dimana DIGI akan memperoleh manfaat terbesar jika perlaksanaan cukai itu menjadi kenyataan dengan mengambil kira kadar pengguna prabayar mereka sebanyak 83 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggannya, berbanding Maxis (74 peratus), Celcom (77 peratus dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain)
"Jika ia dilaksanakan Julai ini, jualan kupon prabayar bulan Jun dijangka meningkat secara mendadak ekoran pembelian secara mengejut oleh pengguna," ujar syarikat penyelidikan itu.
P/S: Persoalannya wajarkah syarikat telekomunikasi ini menaikkan cukai prabayar bermula Julai ini???

Khamis, 15 Mac 2012

BILA TAK PUAS HATI BUAT KECOH

Views
Itu sahaja yang pembangkang tahu buat. Bila tak puas hati mengenai sesuatu perkara, yang boleh di buat adalah buat kecoh. Terbaru adalah apabila isu mengenai kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau yang menyokong usaha melindungi Israel telah menimbulkan kekecohan di Sidang Dewan Rakyat semalam.
Apabila Datuk Anifah Aman, Menteri Luar membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu. Suasana kecoh berlaku apabila Nurul izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas. Bangun menyokong Nurul Izzah adalah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Azmin Ali (PKR-Gombak), Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau). Nurul Izzah juga meminta Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika enggan menarik balik kenyataan itu.
P/S: Kalau di pihak yang benar, saman sahajalah . Ini tidak cuba mengelirukan rakyat dengan kaedah politik murahan dan kekecohan!!!

Selasa, 6 Mac 2012

KUASA AZIZAN KIAN TERHAKIS

Views
Rupanya Jawatankuasa PEMANDU yang ditubuhkan oleh Pas Pusat semalam bukan sahaja bertujuan untuk memantau pergerakan pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas Pusat tetapi sebenarnya lebih kepada mengurangkan kepimpinan dan pembuat keputusan daripada pentadbiran negeri sendiri.
Walaupun Azizan boleh manarik nafas lega beliau tidak digugurkan atau lebih manis bahasa direhatkan daripada jawatan sebagai Menteri Besar kedah, kuasa beliau untuk mentadbir Kedah secara mutlak turut dihadkan.
Di pihak Phahrolrazi dan Dr. Ismail pula menyatakan bahawa beliau bersetuju dilantik semula sebagai Exco dengan 'senang hati' kerana menganggap matlamat sebelum ini untuk menekan Azizan sudah tercapai.
"Sekarang bila dah ada jawatankuasa ini, matlamat kita dah tercapai untuk membuat perubahan dalam kerajaan negeri dan jawatankuasa ini menjadi tempat untuk kita rujuk dan memantau dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah" Y.B Dr. Ir. Phahrolrazi Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah
P/S; Kesian Datuk Seri Azizan, nama sahaja Menteri Besar tetapi kuasa di pegang oleh Pas Pusat. Nampak gayanya Datuk Seri Azizan kena bertegas seperti Y.B Datuk Seri Dr. Hasan Ali supaya diri tidak diinjak-injak oleh orang sesuka hati. Biar jadi semut hitam yang berada di atas belalang (pinjam peribahasa Ust. Hashim Jasin, Pesuruhjaya Tinggi Pas Negeri Perlis) dari jadi semut hitam yang dipijak oleh kengkawan-kengkawan (sambungan peribahasa sendiri).

Isnin, 5 Mac 2012

RIBUT DI KEDAH, PAS TUBUH JAWATANKUASA PEMANDU

Views
Kuat-tak kuat penangan ribut di Kedah, Jawatankuasa Pas Pusat akan menubuhkan unit PEMANDU bertujuan untuk memantau pentadbiran negeri-negeri di bawah pimpinan Pas dan juga negeri dimana Pas juga turut terlibat dalam pentadbiran (Harakah Daily 5/2/2012).
Walaupun isu kemelut ribut dalam cawan di Kedah dikatakan selesai tetapi rupanya ia  memberi impak yang amat besar kepada pimpinan Pas yang baru setahun jagung memerintah.
Khabarnya jika bukan pilihanraya yang semakin hampir sudah pasti ada yang terkorban dalam ribut yang berlaku di negeri jelapang padi ini. Kerana hendak memenangkan pilihanraya ini mungkin terpaksa mewujudkan situasi menang-menang diantara pihak Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan pihak  Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Nampak gayanya Ust. Azizan mungkin tersenyum panjang kes ini memihak kepada beliau.
P/S: Ini baru ribut dalam cawan peringkat Pas Negeri Kedah. Cuba bayangkan bagaimana gamaknya Ribut Dalam Cawan pada Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) jika sekiranya berjaya membentuk kerajaan? Agak-agak siapa yang akan TERKORBAN-BERKORBAN atau DIKORBANKAN??!!!!

RIBUT DALAM CAWAN DI KEDAH BUKAN SEKADAR RIBUT BIASA

Views
Nampak gayanya ribut di dalam cawan dalam politik Pas Negeri Kedah bukan sekadar ribut yang biasa. Ia boleh diumpamakan seperti puting beliung (tornado) yang melanda Amerika Syarikat semalam. Jika tidak masakan mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat berlangsung lebih lima jam di Alor Setar kelmarin berlangsung dalam suasana yang agak panas dan tegang. Dikatakan salah seorang yang terlibat dengan perbalahan dengan Menteri Besar Kedah tersebut telah menaikkan suara yang agak tinggi ketika berhujah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin yang hadir. Dan terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak mungkin akan direhatkan seketika. Tetapi ini adalah satu andaian, apa pun keputusan akan diumumkan oleh Pas Pusat sebentar lagi kepada sidang media.
P/S: Tunggguuuuuu....!!!

Jumaat, 2 Mac 2012

RIBUT DALAM CAWAN DI KEDAH RIBUTKAN HATI PENYOKONG PAS

Views
Rupanya ribut dalam cawan di Kedah bukan sekadar ribut yang bermain di sekitar dalaman cawan sahaja tetapi anginnya terasa sampai ke permukaan. Dan angin yang berpusar di kedalaman cawan nampaknya sukar di bendung sehingga rasanya mampu membahang para pengikut yang menciumnya. Luahan dan kegelisahan para penyokong Pas di Kedah juga tidak mampu di pujuk lagi apabila ada yang meluahkan rasa takut jika kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang sepertimana yang berlaku di Perak genap tiga tahun lalu seperti yang direncanakan oleh Ahmad Lutfi Othman dalam Harakah Daily 2/3/2012 ( http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/8491-bahaya-ribut-dalam-cawan ).
Dan penulis juga turut mengakui, isu-isu di Kedah dan Selangor meletakkan Pas pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.
P/S: Apa maknanya tu!!!!..Adakah Pakatan Rakyat di Kedah sudah menghampiri penghujung jalan!! Tidak disangka rupanya ribut di dalam cawan mampu jua membuat cawan itu retak, mungkin bukan sekadar retak yang biasa tetapi mungkin retak menunggu pecah. Jika retak menunggu pecah itu bukan RIBUT namanya tetapi PUTING BELIUNG!!!!

40 INDIVIDU PALING KAYA DI MALAYSIA BUKTI DASAR KERAJAAN BERJAYA

Views
 Sumber: Berita Harian: 2 Mac 2012
Berita Harian 2 Mac 2012: NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.
Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya. 
Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.
Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu. 
P/S: Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan yang bakal menjengah ke 55 tahun pada tahun ini (melebihi stengah abad) sudah puluhan penduduk Malaysia berjaya menempatkan diri sebagi individu paling kaya dengan jumlah kekayaan mereka mencecah ratusan billion Ringgit Malaysia dibawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO melalui Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sejak puluhan tahun yang lalu. Mungkin jika di lihat dari bilangan PULUHAN, angkanya agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk rakyat Malaysia yang mencecah JUTA bilangan, tetapi itu lebih baik daripada tiada langsung sehingga memaksa rakyat mencari kekayaan di luar negara. Dan tidak mustahil kekayaan yang dimiliki ini bakal hilang dengan sekelip mata jika salah membuat percaturan dan perkiraan. Bak kata  pepatah ada mengatakan  
'It may take nearly a hundred years to build a stability nation but a few seconds to destroy it"

Khamis, 1 Mac 2012

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN, DSU RAIS YATIM BUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT

Views
Gambar Tatto Kalimah Allah di Kanan dan Kiri bahu Erykah Badu
Biarpun ramai pelayar-pelayar twitter Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim semalam menghentam pembatalan konsert Erykah Badu di Malaysia di laman twitter Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu ekoran kenyataan Menteri tersebut yang membatalkan konsert Erykah Badu di Malaysia. Di pihak penganjur dan peminat sudah pasti ramai yang tidak berpuashati dan marah. Tetapi dari segi sudut sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya ia adalah satu keputusan yang amat tepat dan wajar dalam menyelamatkan akidah umat Islam dari dicerobohi oleh nilai-nilai budaya kuning dan menghina agama.Dan sepatutnya tindakan tegas oleh Y.B Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim membatalkan konsert penyanyi itu yang sepatutnya berlangsung semalam perlu mendapat pujian dan sokongan daripada pelbagai pihak bukannya hentaman dan cercaan di laman twitter beliau.
Dimana hilangnya suara-suara pemimpin pembangkang yang kononnya memperjuangkan Islam berhubung dengan isu ini!!!!
P/S: Info Ringkas mengenai Erykah Badu: 
1- Berasal dari Dallas, Texas
2-Berumur sekitar 40 tahun
3-Pernah memenangi anugerah Grammy
4-Aliran musik 'funk' 'hip-hop' dan 'soul'
5.Salah seorang artis /patung ILLUMINITI (the lizard people or project Mkultra)
6.Cover album terbaru beliau menunjukkan simbol-simbol penganut agama Kabbalah
Cover Album Terbaru 
New Amerykah, Pt.2:Return of the Ankh