TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Jumaat, 24 Februari 2012

TAHNIAH YUSRI & LISA

Views
Selamat Pengantin Baru kepada Yusri dan Lisa
semoga panjang jodoh sehingga ke anak cucu!!!!
P/S: Tahniah Yusri jika hati sudah berkenan apa ditunggu lagi kan!! Yang halal lebih baik di cari dari berkawan lama-lama!!!

TAK JEMPUT BUKAN ISU-PM

Views
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.
“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini.
Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.
Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.
“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.
“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” (Utusan Melayu : 24/2/2012)
P/S: Biasalah pembangkang bila dah habis modal, tak jemput mesyuarat pun boleh di jadikan isu untuk berbalah!!! Jika jemput pun tak hadir baik jangan dijemput langsung!!!

KEPIMPINAN MB KEDAH PUN BERGOLAK

Views
Jika di dengar-dengar canangnya mengenai kehebatan Menteri Besar Kedah sejak menjadi Menteri Besar tiada yang tak bagus mengenai kepimpinan Pas di Kedah, semuanya bagus belaka. Sehinggakan ke negeri jiran sebelah yang paling utara pun hendak ditukarkan kepimpinan supaya dapat dipimpin oleh kepimpinan Pas, baru semuanya OK!! Pilihanraya sudah semakin dekat, Parlimen mungkin akan dibubarkan bila-bila masa sahaja, masih ada lagi kedengaran bunyi-bunyi perebutan jawatan dalam jawatan exco di Kedah. Nampak sangat kurangnya matang politik parti pembangkang ini. Yelah mana hendak matangnya jika setahun jagung mendapat kuasa, sudah pasti keserasian itu sukar diwujudkan tambahan dalam tempoh masa yang amat singkat!!!
Alor Setar- Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini. "Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan" katanya kepada Sinar Harian
P/S: Apa lagi kita sama-sama tunggu!!!!!!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Views
Apa lagi yang boleh disimpulkan dengan pertemuan diantara Nik Aziz Nik Mat dengan anwar Ibrahim. Namanya sahaja Pas tidak menyokong Israel tetapi tidak bermaksud Pas tidak menyokong Anwar Ibrahim. Inilah namanya cakap tak serupa bikin, kata dimulut lain daripada kata dihati malah lain juga dari kata perbuatan. Apa yang boleh disimpulkan apa sahaja yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah benar belaka bagi pandangan dan matahati Pas walaupun di mulut kenyataannya berlainan.
P/S: Beginilah nasib badan jika terlalu menjaga hati kawan, semua perkara hendak dijaga walaupun yang busuk tetap dikatakan wangi!!!!

Selasa, 21 Februari 2012

TEMBERANG ANWAR IBRAHIM

Views
Di jangka Anwar Ibrahim bakal bertemu Nik Aziz pada pagi ini. Apakah yang akan ditemberangkan oleh Anwar Ibrahim pada pertemuan kali ini?..Adakah mungkin Nik Aziz mudah di temberangkan oleh Anwar Ibrahim, yelah umum mengetahui betapa bijaknya Anwar dalam bab temberang menemberang ini dan betapa bendulnya Nik Aziz di temberangkan oleh si putar alam putar belit Anwar Ibrahim ini!!!


Khamis, 16 Februari 2012

ANWAR TETAP HENDAK BERSULIT

Views
 
Semalan Nik Aziz sudah bertegas meminta Anwar Ibrahim membuat kenyataan secara terbuka kepada umum mengenai tahap sokongan beliau yang sebenarnya kepada Israel atau saman sahaja Wall Street Journal (WSJ). Nampak gayanya Anwar Ibrahim tetap Anwar Ibrahim masih suka benda yang sulit dan menyulit apabila cuba untuk mengatur pertemuan secara tersulit bersama Tok Guru Nik Aziz seperti yang di laporkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengenai pertemuan Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Nik Aziz bagi membincangkan isu ini.
"Namun, bila dan di mana pertemuan itu berlangsung bergantung pada surat dari pejabat Menteri Besar" Azmin Ali
P/S: Entah apa agaknya yang akan dibelitkan oleh Anwar Ibrahim di hadapan Nik Aziz nanti. Sulit benar nampaknya pertemuan itu nanti. Bukannya susah benar pun untuk membuat kenyataan secara terbuka sekiranya diri di pihak yang benar, kecualilah apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim kepada Wartawan WSJ adalah semuanya benar belaka, maka Nik Aziz perlu bertindak tegas atas nama kebenaran dan tidak membenarkan kebatilan menyesat minda, pemikiran dan percatuan!!!

Rabu, 15 Februari 2012

BILA NIK AZIZ DAH MULA CELIK!!!

Views
Nampak gayanya tembelang Anwar Ibrahim dah semakin besar lubangnya. Majlis Syura Ulama Pas sudah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya ketua pembangkang tersebut membuat kenyataan secara terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau menyaman The Wall Street Journal. Nik Aziz juga dilihat semakin berani sekarang ini bertegas supaya Anwar Ibrahim menyatakan pendirian secara terbuka terhadap isu yang Anwar Ibrahim sendiri timbulkan!!
"Sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawap secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu" ujar Nik Aziz Nik Mat
P/S: Baguslah jika Nik Aziz pun sudah mula buka mata, nampak gayanya mungkinkah sekadar sampai disini sahaja hubungan mereka, itulah bila angan sebesar gunung lautan api kan kuredah juga..bukankah sekarang sudah membakar diri!!

Khamis, 2 Februari 2012

TAWAN DULU PUTRAJAYA BARU CEGAH KEMUNGKARAN

Views
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan wakil Pas Pusat pernah datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.
"Apa yang dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah...lillahitaala, itulah bahasanya" Hasan Ali
"Di Selangor ini yang Menteri Besar Besar orang Islam, Exco Kerajaan Negeri terdiri dari lima orang Islam dan Exco Agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran; apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?
"Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri," katanya.
"Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib.Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR"
"Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan mengugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tidak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enekmen Jenayah Syariah di Selangor."
"Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tetapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan berlangsung" Hasan Ali - Utusan Malaysia 2/2/2012
P/S: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyuarakan rasa tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP mengenai tindakan beliau yang tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga. Mungkinkah nasib Datuk Seri Azizan akan menjadi seperti Hasan Ali kerana tidak mahu mematuhi arahan agar menawan dahulu Putrajaya baru dicegah kemungkaran.

Rabu, 1 Februari 2012

JIKA HASSAN ALI SEMUT PAS PULA ANAI-ANAI

Views

Dalam ucapan Sempena Perasmian Bangunan PASTI Nurul Hayah Santan Perlis, baru-baru ini Hashim Jasin Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis mengibaratkan Hassan Ali sebagai seekor semut. Kerana kebiasaannya semut berkumpulan (jamaah) dan apabila terjumpa seekor belalang yang mati semut-semut ini pasti akan mengerumuni untuk mengangkat belalang tersebut ke dalam lubang mereka. Dalam usaha semut-semut ini untuk mengusung belalang itu, ada seekor semut yang sudah tiada tempat baginya untuk memegang belalang itu lalu membuat keputusan untuk naik ke atas belalang. Apabila sudah naik di atas belalang bukannya semut itu  duduk diam malah diinjak-injak pula atas belakang belalang tersebut sehingga menyusahkan kengkawan semut untuk mengusung belalang itu. Apabila ditanya "awat hang semut dok lompat-lompat atas belalang ni sehingga menjadi beban kepada kami semua. Lalu dijawabnya si semut itu "aku nak tolong bawaklah sebab itu aku lompat kuat-kuat atas belalang ini" Begitulah ibaratnya Hassan Ali kepada Jamaah Pas ini sebagai beban dan patut di singkirkan.
Tetapi mereka PAS tidak sedar yang mereka juga ibarat anai-anai yang sifatnya 'makan dalam'. Luaran masih nampak cantik tetapi didalamnya kosong. Dan anai-anai ini kerjanya merosakkan rumah tangga orang. Sedar-sedar habis rosak rumah akibat di makan oleh anai-anai. Seperti perjuangan Pas luarannya 'jihad fisabillah' atas nama Islam kononnya tetapi Fadhu Kifayah pun ditingalkan. Tuntutan-tuntutan sebagai seorang muslim untuk menjaga hubungan diatara muslim yang lain pun diabaikan malah muslim yang sepatutnya bersaudara kini ibarat musuh. Ibarat sang anai-anai tadi akidah umat Islam dipesongkan tanpa sedar akhirnya yang mungkin tinggal namanya sahaja Islam tetapi perbuatannya sudah jauh terpesong daripada tuntutan ajaran Islam. Sedar-sedar umat Islam menjadi lemah bukan disebabkan oleh serangan anti Islam tetapi akibat serangan anai-anai yang bertopengkan Islam.