TiaDa KaTa SeiNdaH BaHAsA...SelamAt DaTanG ke PenaMaNja.BloGsPot.CoM

Isnin, 30 Januari 2012

PELIK DAN GANJIL PUTAR BELIT

Views
Itulah apabila di hadapan, cakapnya lain, bila di belakang lain pula bunyinya. Sehingga Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Pelik dan Ganjil" dalam temubual Anwar Ibrahim dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menentang Palestin. 
'Pelik dan Ganjil' itu masih lagi lembut bahasanya. Ada kemungkinan beliau terlalu hairan agaknya. Yelah siapa yang tidak pelik, yang menyerang adalah Israel dan yang kena serang pula adalah Palestin. Adakah wajar negara yang menyerang diberi perlindungan berbanding negara yang di serang???
Tapi apa yang pelik dengan Anwar Ibrahim. Seperti kes Saiful dan Anwar. Yang menyerang adalah Anwar dan yang kena serang pula adalah si Saiful. Tetapi malangnya yang mendapat perlindungan adalah Anwar bukannya Saiful.
Selepas ini Duta Palestin kena lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, bukan apa takut kena serang, yelah sehingga sekarang serangan terhadap beliau masih lagi kebal. Itupun jika Israel tidak mengeluarkan kenyataan 'Pelik dan Ganjil'. Jika tidak tempoh lupus Anwar Ibrahim mungkin tidak lama lagi. Yelah asyik dok belit orang, lama-lama nanti pasti akan jadi simpul mati. Tunggu dan lihat sahajalah!!!

PIMPIN SAMPAI MATI

Views

Mursyidul Am Pas anggap pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana boleh pimpin parti sampai mati
"Saya tidak bersetuju keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada PRU ke 13" Nik Aziz Nik Mat
Itulah pemimpin apabila gila kuasa sehingga mahu menongkat dunia. Jika dulu dikatakannya kepada Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan. Sekarang kita boleh lihat hati budi pemimpin yang bernama Nik Aziz Nik Mat yang melihat jawatan di dalam parti tiada talian hayat dan boleh dipimpin sehingga mati. Jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia sudah pasti Malaysia sudah mempunyai Muammar Gaddafi Malaysia yang hanya kematian sahaja boleh menarik beliau turun dari tahta kepimpinan.
P/S: Hanya manusia yang tamakkan kuasa sahaja yang akan berebut kuasa, atau mungkin Hadi Awang sudah tersedar bahawa perjuangan Pas yang selama ini diperjuangkan sudah pun melencong jauh, jika tidak masakan pula beliau hanya menginginkan satu kerusi sahaja untuk beliau pimpin jika di calonkan semula atau Hadi Awang sudah mulai penat untuk menangkis segala permasalahan yang ditimbulkan Anwar Ibrahim dan kepimpinan Erdogan di dalam Pas yang seperti DURI DALAM DAGING!!!!!
Hendak dibuang sakit, tidak dibuang bernanah!!!

Jumaat, 27 Januari 2012

ANWAR DI CABAR SERAH VIDEO

Views

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.
Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar. (uTusan Malaysia: 27 Jan 2012)
P/S: Bukannya susah sangat untuk saman, kalau berada di pihak benar, saman sajalah bukannya sedikit maruah tercalar kecualilah video itu benar, seperti bak kata pepatah BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Khamis, 19 Januari 2012

PAS MELUKUT DI TEPI GANTANG

Views

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam membuktikan kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu sekarang bagai melukut di tepi gantang.
Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, keputusan tersebut menggambarkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang hanya sekadar penumpang dan tidak diyakini oleh rakan yang lain.
''Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Pas yang kononnya mengaku sebagai pejuang agama Islam tetapi parti itu tidak diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor.
''Keputusan itu juga memberi gambaran jelas bahawa Pas sentiasa tunduk dengan arahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun terpaksa menerima penghinaan sebegini tanpa ada sebarang tentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, Pas sekarang sudah menjadi sebuah parti 'pak turut' dalam pakatan pembangkang termasuklah dalam beberapa isu melibatkan akidah umat Islam seperti isu arak dan murtad di Selangor.
Beliau mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.
Bagaimanapun, Dr. Ahmad Yunus hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, dan Khalid Ibrahim sendiri akan mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Sementara itu, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mempersoalkan perkongsian kuasa Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana pelantikan tersebut menunjukkan parti itu rela melepaskan portfolio itu kepada PKR.
''Tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam merupakan satu portfolio yang penting serta menjadi lambang peranan Pas dalam perkongsian kuasa dalam kerajaan pakatan Selangor sebelum ini.
''Jika benar Pas penting dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar parti menumpang, portfolio itu perlu dikekalkan dan pelantikan tersebut menunjukkan parti itu semakin lemah sehingga tidak lagi dihormati rakan seperjuangannya," ujarnya.
Kata beliau, Pas sepatutnya sedar parti itu hanya sedang dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk merealisasikan impian mereka untuk menang dalam pilihan raya. (Utusan Malaysia: 19 Jan 2012)
P/S: Nasib badanlah PAS ada ulama' yang bagus di pecat, sekarang portfolio penting yang menjadi tunjang perjuangan Pas selama ini pun di pegang oleh parti lain!!

Jumaat, 13 Januari 2012

PRO GAY FILIPINA GEMBIRA!!!!

Views

Gambar: Kehancuran kaum Pompeii di Italy akibat kebebasan seks songsang yang berleluasa
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.
Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.
Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia (Utusan Malaysia: 13 Jan 2012)
P/S: Lepas ni lebih ramai pengikut kaum Luth akan bermaharaja lela di muka bumi ini. Yelah Ketua Pemimpin Luth sudah terlepas hukuman dunia...jangan dilupa kadang kala kegembiraan ini hanya diberikan sekejap sahaja sebelum rentapan yang amat dahsyat diberikan.

Khamis, 12 Januari 2012

LAYAKKAH MAAF SI ANWAR IBRAHIM PADA SI SAIFUL

Views
Saya memaafkan orang yang memfitnah saya. (Sinar Harian: 11 Jan 2012)
Begitulah lafaz yang di buat oleh Anwar Ibrahim selepas beliau di bebaskan daripada pertuduhan liwat beliau terhadap Saiful Bukhari!
Persoalannya adakah layak beliau memaafkan atau layakkah maaf beliau diterima kepada seseorang yang telah beliau aniayai????
Bukti tidak kukuh tidak bermaksud beliau tidak melakukan perlakuan tersebut cuma bukti tidak kukuh untuk menyabitkan beliau bersalah. Dan jika benarlah perlakuan itu terjadi adakah tuduhan yang dibuat oleh Siteraniaya di anggap sebagai satu Fitnah. Sedangkan yang teraniaya sudah pun bersumpah laknat untuk menyucikan dirinya pada setiap tuduhan yang beliau buat yang bermaksud apabila beliau bersumpah laknat beliau tidak lagi memerlukan kemaafan daripada Anwar Ibrahim kerana pergantungan beliau kini hanya kepada Allah. Jika beliau salah laknat akan menimpa beliau dan maaf daripada si tertuduh sudah tidak diterima pakai lagi. Laknat di sini bermaksud tiada rahmat lagi kepada beliau dan sudah tentu jauh sekali kemaafan dari Allah S.W.T. Dan jika tiada lagi kemaafan daripada Rabb pencipta alam semesta apakah hebatnya kemaafan daripada seorang manusia yang diciptanya???
Yang menimbulkan persoalan adalah kepada Anwar Ibrahim..yang tidak yakin pada hukum Allah dan lebih yakin pada hukum mahkamah sivil dan menjadikan mahkamah rakyat sebagai benteng beliau. Jadi jika mahkamah dunia mengatakan beliau tidak bersalah adakah layak maaf tersebut diterima sedangkan si teraniayai ini telah menyerah terus untung nasibnya pada Tuhan yang maha kuasa????
P/S:Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta (Al-Imran:61)
Iktibar dan fiqh ayat:
Hamka berkata: “Mubahalah ialah bersumpah yang berat.
Muhammad Quraish Shihab berkata: "Soal mubahalah, akibatnya sangat fatal”.

Rabu, 11 Januari 2012

ANTARA PROTES LARANGAN BERTUDUNG DAN PROTES MEMBEBASKAN ANWAR

Views

Jika di Bangkok Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan aman di Pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semalam bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Budha melarang pelajar Islam memakai tudung. Kumpulan aktivis Muslim Group for Peace itu menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Wat Nongjok yang tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam (Sinar Harian : 11 Jan 2012)
Tetapi bagaimana pula dengan kita sebuah negara Islam yang mana Melayunya adalah Islam hidup dikalangan pelbagai kaum, bangsa dan agama dan Islam adalah Agama Rasmi Negara yang Pemimpinnya juga Islam dan tiada sekatan serta ketakutan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Tetapi apa yang telah kita buat semalam?? Jika di Thailand kaum Islam berjuang untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tetapi orang Islam kita disini berjuang untuk mendapatkan hak kebebasan kepada seorang pemimpin yang buruk akhlaknya.
Tidak pernah kita terfikir betapa rendahnya maruah kita apabila kita membudayakan aktiviti protes, berhimpun, berdemo dan berasak-asak sehingga timbul kekacauan atas nama A.I sedangkan umat Islam lain berjuang atas  nama A.I. Bezanya A.I kita adalah Anwar Ibrahim sedangkan A.I umat Islam di Thailand adalah Agama Islam. Mohon dilindungi kita dari bala bencana di atas perpecahan yang sengaja kita wujudkan dan di wujudkan oleh A.I ini!!!!

Selasa, 10 Januari 2012

TAK CUKUP BUKTI TAK SEMESTI TAK BUAT

Views

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disifatkan ramai pihak sebagai keputusan mengejutkan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi alasan tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, Mohd Saiful Bukhari tidak terjejas.
Bagi kesalahan seksual di peringkat pembelaan (Saiful Bukhari), mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh (Anwar Ibrahim) hanya berdasarkan kepada keterangan Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain (Utusan Malaysia : 10 Jan 2012).
P/S: Tak cukup bukti tak semestinya tak buat, bukti DNA menyatakan persamaan lelaki Y dengan Anwar Ibrahim satu fakta, bermaksud liwat tetap berlaku diantara peliwat dan yang kena liwat cuma yang membezakan tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan  diantara peliwat Anwar Ibrahim dan yang kena liwat Saiful Bukhari..!!

ISTILAH TAK SENONOH PADA NIK AZIZ

Views

'Tiada parti yang akan berdiam diri jika ahlinya bertindak TIDAK SENONOH' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Inilah rupanya alasan dan dalil yang sesuai untuk memecat Datuk Dr. Hassan Ali. Rupanya takrif TAK SENONOH Hassan Ali di mata Nik Aziz Nik Mat bukannya berkelakuan khalwat, liwat mahupun zina atau tak senonoh dari segi menyokong seksualiti merdeka atau pemimpin yang meliwat dan berzina. Tetapi rupanya takrif TAK SENONOH pada hemat Nik Aziz adalah apabila pemimpin (Dr. Hassan Ali) tersebut bertegas mengenai mempertahankan kepentingan orang Melayu, Umat Islam dan Institusi Raja-raja menghalang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Selangor, menentang gejala murtad dengan menghadiri Himpunan Sejuta Umat, mempersoalkan konsep negara kebajikan oleh Pas dan menentang Perhimpunan Bebaskan Anwar 901.
P/S: Biarlah TAK SENONOH dimata Nik Aziz asalkan TAK SENONOH di mata Allah. Hairan juga kelakuan TAK SENONOH Anwar Ibrahim tidak pula dilihat TAK SENONOH dimata Nik Aziz..Dunia..Dunia..!!!
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32)
 

Isnin, 9 Januari 2012

BAHANA BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN

Views

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. ( Ayat 1 – 3 : Surah al-‘Asr )
Dunia mengasingkan manusia kepada dua golongan.
Pertama adalah yang beriman dan beramal salih serta mengajak kepada kebenaran dan kesabaran.
Kedua adalah yang kufur dan menolak kebenaran.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Dunia menjadi penjara kepada yang beriman dan menjadi syurga kepada yang kufur (Hadis Riwayat Muslim)

Mungkin nasib yang menimpa Datuk Dr. Hassan Ali bersesuaian dengan Firman Allah dan Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam ayat dan hadis diatas. Orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran di jatuhkan hukuman padahal satu ketika dahulu beliau seorang ulama yang amat di sanjungi dalam perjuangan parti Politik Pas. Tetapi kini hanya disebabkan beliau berpesan-pesan kepada kebenaran beliau dipecat menjadi ahli Pas. Jika sebelum ini beliau berpesan-pesan kepada kebenaran mengenai Adat-istiadat Melayu dan Hal Ehwal Agama Islam beliau dilucutkan jawatan daripada menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Dan kelmarin apabila beliau berpesan-pesan kepada kebenaran supaya orang ramai tidak terlibat dengan Demo 901 Anwar Ibrahim hukuman lebih parah dikenakan.
Mungkin benar Dunia ini Penjara kepada yang Beriman dan Syurga kepada yang Kufur, jika tidak masakan Anwar Ibrahim boleh terlepas hukuman penjara atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya.
Apa yang pasti Surah Al-Asr (1-3) mendidik kita supaya Berpesan-pesan kepada Kesabaran kerana Sabar itu sebahagian daripada Iman kerana Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu Dalam Kerugian kecuali orang-orang Beriman dan Beramal Soleh dan mereka pula Berpesan-Pesan dengan Kebenaran dan Berpesan-pesan kepada Kesabaran!!!!!

Jumaat, 6 Januari 2012

BUTA KERANA ANWAR

Views
Kenapa buta? Akhir ini ramai yang buta. Ramai yang menjadikan diri mereka taksub lalu buta. Pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu juga menjadi buta pada tanggungjawab mencari ilmu. Tuk Imam, Tuk Sheikh, Tuk Ustaz dan segala macam panggilan kepada golongan yang ada agama juga menjadi buta pada ilmu yang mereka pernah ada. Seorang insan yang sepatutnya bersikap dengan sikap dan sifat -sifat mahmudah juga menjadi buta sehingga membabi buta tingkah laku mereka dengan sifat-sifat mazmumah.
Malang sekali masyarakat yang diberi mata tetapi buta untuk melihat, masyarakat di beri hati tetapi buta untuk menilai, masyarakat yang diberi akal fikiran tetapi buta untuk berfikir dan masyarakat yang diterapkan dengan nilai-nilai murni kini buta kepada kejahilan dan kerosakan.
Mungkin ramai yang melihat kerosakan dan kemusnahan, ketidakteraman dan ketakutan satu bentuk tindakan yang paling mengasyikkan dan mungkin membahagiakan sehingga buta untuk mentafsir yang mana satu benar dan yang mana satu salah. Sanggup mengorbankan kedamaian dan ketenteraman negara hanya untuk membela nasib seorang petualang yang bernama Anwar Ibrahim
Semoga kebutaan ini dicelikkan sebelum kegelapan membuta mata hati buat selama-lamanya atau terlewat untuk dicelikkan.
P/S: SAY NO TO DEMO 901 ANWAR IBRAHIM
Dari Annas رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

ما عث نبي إلا أنذر أته الأعور الكذاب ألا إنهأعور و إن ربكم ليس بأعور وإن بين عينيه مكتوب كلفر فيه
Tidaklah diutus seorang nabi pun, kecuali memperingatkan umatnya dari bahaya si BUTA, sang PENDUSTA, ketauhilah sesungguhnya dia BUTA SEBELAH sedangkan Rabb kalian tidak buta. Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR (Hadis Riwayat Bukhari)

Khamis, 5 Januari 2012

ANWAR IBRAHIM TAK KAN LAKSANA HUDUD

Views

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Ketika Pas bermati-matian menyokong kempen bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang itu dalam satu wawancara bersama akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily mendedahkan, pembangkang tidak akan sesekali melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

"Apabila Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pusat, kita tidak akan sesekali melaksanakan undang-undang Islam ataupun mengubah undang-undang Persekutuan sedia ada untuk merealisasikan hukum hudud walaupun secara peribadi, saya tidak membantah hukum hudud.
"Kefahaman orang Muslim (terhadap hukum hudud) berbeza-beza dan tidak sama. Ada sesetengah orang Muslim melihat hukum hudud itu mampu mendidik, perikemanusiaan, adil serta menjaga orang-orang miskin dan bukannya melaksanakan hukuman semata-mata," katanya seperti mana dipetik dari Sinchew Daily.
Sempena 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada Isnin ini bagi memberi tekanan kepada mahkamah agar membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Pas dijangka menjadi penyumbang terbesar dari segi bilangan peserta demonstrasi.
Ia sebagai melambangkan komitmen parti yang mendakwa diri mereka sebagai parti Islam itu terhadap Anwar, walaupun Ketua Pembangkang berkenaan terpalit dengan pelbagai masalah moral termasuk pendedahan video aksi seks seorang lelaki menyerupai Anwar, yang disahkan 99.9 tulen oleh pakar Amerika Syarikat.
Dalam wawancara itu, Anwar berkata, sebarang perubahan terhadap undang-undang Persekutuan terutamanya untuk melaksanakan hukum hudud seperti yang diperjuang Pas hanya akan dibuat jika mendapat persetujuan sebulat suara ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan.
"Dalam isu hukum hudud, kita masih perlu membuat lebih banyak penerangan kepada orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam supaya mereka lebih memahami tujuan serta wajah sebenar hukum hudud dan bukan hanya melihat hukum itu sahaja," katanya lagi.
P/S: Kasihan Pas yang berperang habis-babisan sehingga sanggup tertungging dan terbalik, berbaring dan meniarap, memekik dan melalak di jalanan hanya kerana untuk memperjuangkan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim sehingga sanggup bergadai hukum Allah dan kini menegaskan Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan apabila pembangkang memerintah negara. Apa perbezaannya diantara kerajaan yang sedia ada sekarang dengan kerajaan yang baru ingin ditubuhkan jika pembangkang juga turut menolak hukum tuhan ini. Fikirkanlah!!
Kadang kala manusia ini cepat lupa dan merasakan yang baru itu lebih baik sedangkan yang sedia dan menabur jasa serta berbakti tanpa henti tidak pernah dihargai

Sila Layari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

ANWAR PENDUKUNG PLURALISME??

Views
Gambar: Ismail Mina (Utusan Malaysia : 5 Jan 2012)
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.
PLURALISME AGAMA adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa".
“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.
P/S: Jangankan kata mengkritik HUKUMAN SEBAT ke atas Kartika Seri Dewi Shukarno, BERSUMPAH LAKNAT pun banyak dalil beliau untuk mengelak. Bak kata pepatah BERANI kerana BENAR dan TAKUT kerana SALAH. Jadi apa yang boleh disimpulkan kepada seseorang yang takut BERSUMPAH LAKNAT/BERSUMPAH MUBAHALAH seperti Anwar Ibrahim selepas pelbagai tuduhan dan tohmahan di lemparkan. Apa pun 901 nanti bakal merungkai segala persoalan!!!

Rabu, 4 Januari 2012

ANTARA NUR AMALINA DAN ADAM ADLI

Views
Agak terkejut dengan pendedahan terbaru di beberapa blog mengenai perubahan yang berlaku kepada Nur Amalina Che Bakri. Seorang yang pernah menempa nama dalam sejarah sebagai pelajar cemerlang dengan keputusan 17 A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan diduduki beliau pada tahun 2004 dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom. Perbualan hangat ialah apabila si gadis comel bertudung ini telah dikatakan berubah sikap serta kehilangan identiti sebagai pelajar melayu Islam apabila kini berpakaian yang menjolok mata dan berambut perang. Dan yang lebih parah lagi, ada yang mengatakan bahawa beliau juga telah gagal dalam peperiksaan dan juga pelajaran.
Ada yang cuba mengaitkan beliau dengan hero UPSI terkini Adam Adli Abd Halim mengenai SIAPAKAH LEBIH POPULAR di antara pertukaran imej, kejutan budaya dan gagal dalam peperiksaan selepas dinobatkan sebagai pelajar genius (Nur Amalina Che Bakri) atau popular dengan cara  menurunkan bendera PM di PWTC, berdemonstrasi, mengajak pelajar UPSI melakukan rusuhan, memprotes tindakan disiplin pentadbiran UPSI dan sememangnya tidak berapa pandai, mentah, ego, emosi cubaan untuk menjadi hero kepada gerakan mahasiswa.
Apa yang boleh disimpulkan sekiranya Nur Amalina gagal dalam pelajaran beliau merupakan mangsa kepada keadaan, budaya, persekitaran, teman yang MENGHASUT atau MERACUNI pemikiran beliau untuk bertindak dengan tindakan yang sedemikian rupa. Berbeza pula dengan Adam Adli beliau adalah PENCETUS kepada KEKACAUAN, PENGHASUT  dan PERACUN kepada pemikiran pelajar-pelajar UPSI untuk bertindak di luar kawalan agar membela beliau. Sedangkan KEKACAUAN itu beliau yang CIPTAKAN. Sekiranya beliau gagal dalam pelajaran dan gagal dalam kehidupan adalah disebabkan oleh tindakan beliau sendiri. Sangat berbeza penakrifannya diantara MANGSA KEADAAN seperti Nur Amalina Che Bakri di mana KEADAAN yang membentuk kepada PERUBAHAN beliau, sedangkan PEMANGSA  seperti Adam Adli pula menjadikan pelajar-pelajar UPSI sebagai MANGSA beliau dan KEADAAN sebagai ruang untuk beliau mencipta satu PERUBAHAN!!
P/S: Harian Metro hari ini melaporkan ibu Nur Amalina menafikan perubahan yang berlaku kepada anaknya dan berita mengenai kegagalan Nur Amalina tersebut adalah fitnah. Dengan sokongan seorang ibu di sisi diharap Nur Amalina tidak tersasar jauh terhadap kejutan budaya dan adakah Ibu Adam Adli merestui setiap tindak tanduk anaknya??Fikirkanlah!!!

Selasa, 3 Januari 2012

901 DAN ANGKA 13

Views
Tertarik dengan pendedahan di sebuah blog (www.aliffmy.blogspot.com) mengenai gerakan revolusi Anwar Ibrahim 901 dan kaitan dengan angka 13 yang terselindung di sebalik gerakan tersebut. Berikut huraian angka 13 yang yang berkait rapat dengan kehidupan kita  tetapi kurang disedari dan diperhalusi:
Peristiwa Reformasi 1998 di Dataran Merdeka terjadi 13 tahun lalu
Huru hara 1969 berlaku pada 13 haribulan Mei
Pilihanraya kali ini adalah PRU yang 13
Tarikh 9 Januari 2012 melibatkan nombor 9112 (9 + 1 + 1 + 2 hasilnya ialah 13)
Angka 13 pada kumpulan Freemason (sebuah pertubuhan rahsia yang dianggotai secara sulit oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dunia bertujuan untuk membina satu dunia baru a new world order di bawah pengaruh SATU KUASA MUTLAK yang akan muncul untuk memimpin dunia):
1) The lost of Tribe of Israel
Kaum Yahudi mempunyai 12 kaum di tambah dengan 1 kaum yang hilang menjadikan angkanya 13 kaum kesemuanya
2) Simbol dalam U.S Dollar
    i- Piramid : Lambang Firuan / Piramid Gaza, Menara Babil, Hierarki Kekuasaan
       Jumlah bata pada Piramid (U.S.Dollar) 13 baris ( the lucky number ) yang terdiri dari 72 bata
    ii-Lambang Burung Phoneix : Bererti simbol kebebasan
       Jumlah huruf pada annuit coeptis adalah 13 sama dengan jumlah huruf pada E.Pluribus Unun
       Bintang di atas burung berjumlah 13 dan membentuk lambang bintang Daud (the star of David)
       13 daun dan 13 bulu pada sayap dan 13 panah serta 13 garis bendera menjadi tameng burung
    iii-Angka 13 itu sendiri merupakan lambang kekuasaan empat penjuru dunia
        (Utara-Timur-Selatan-Barat ). 13 = 1+3 = 4 penjuru
    iv-Burung helang yang terdapat pada U.S Dollar itu di atasnya terdapat bintang segi enam
        adalah lambang bagi Yahudi,Israel dan Zionis serta tanda bagi setiap yang berhubungan
        dengan warisan Ibrani atau kewujudan Nazi Yahudi.
        Para penganut Masuniyyah menyebut bintang itu sebagai "Baju Besi Nabi Daud" (Dira' Daud).
        Nabi Sulaiman turut mewarisi baju besi itu.
        Bintang itu mengisyaratkan 2 mata pada bahagian dalam 2 segitiga.
        Menurut dakwaan orang-orang Yahudi, Nabi Sulaiman telah menunjukkan perhatian
        kepada segitiga itu, sebagaimana halnya jika segitiga itu adalah " Mata Allah "
        Pada akhirnya nanti,mata dan segitiga tersebut menjadi " Lambang Allah " sendiri.
Begitulah kepercayaan orang- orang Yahudi dan para penganut Masuniyyah mendewakan lambang dan angka 13.
Tinggal sebentar angka 13, freemason, simbol pada U.S dollar atau kepercayaan kaum jews mengenai akan datangnya satu kuasa mutlak memimpin dunia.
Berbalik kepada revolusi 901, apa yang boleh di zahirkan pemimpin yang diangkat martabat sebagai Imam Mahdi@Dajjal ini mungkin menjadikan kempen 901 ini sebagai landasan test power kepada beliau untuk menarik perhatian pengundi dan mungkin sebagai petunjuk sejauh mana pengaruh Anwar dalam politik negara atau mempromosikan kekuatan pengaruhnya kepada kuasa besar di luar negara atau ketua kepada kumpulan  freemason yang cuba mewujudkan a new world order melalui gerakan reformasi dan revolusi?? Malangnya mahasiswa yang mentah diperkudakan sebagai pemangkin untuk menunjukkan bahawa Malaysia juga turut menerima tempias daripada revolusi Arab Spring!!
Apa yang pasti 901 nanti merupakan petunjuk yang terakhir sejauh mana kekuatan Anwar menguasai minda dan tingkah laku pengikutnya menerima keputusan oleh badan kehakiman negara bukannya kehakiman dari kaki lima.
(Rujukan angka 13:http://misteridunia.wordpress.com/2008/10/15/angka-13/)

Isnin, 2 Januari 2012

HUDUD PAS BUKAN HUDUD ALLAH

Views
Gambar: WAN Ismail Wan Ahmad menunjukkan keratan manifesto Pas pada pilihan raya umum 1986 mengenai hukum hudud yang akan dilaksanakan di seluruh negeri untuk semua kaum, ketika ditemui di rumahnya di Machang, semalam. (Utusan Malaysia)
MACHANG 1 Jan. - Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis kerana ia telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam tetapi pindaan telah dibuat dimana hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.
"Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan."Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam."Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca," (Wan Ismail Wan Ahmad, Bekas Dewan Ulama Pas Kelantan)
Dan pindaan kepada hukum hudud ini telah dilakukan dengan kerjasama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49]. (Mereka yang dimaksudkan ini adalah kafir zimmi yang mendiami daulah islamiah melebihi lebih 13 tahun, membayar jizyah dan mendapat perlindungan daripada pemerintah negara Islam)
“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya” [TMQ At-Taubah (9):33].
P/S: Apa yang pasti Hukum Hudud PAS sekiranya diperkenalkan adalah merupakan ciptaan terbaru mereka seperti mana mereka merekacipta Nabi, Khalifah dan Imam mahdi yang muncul di kalangan mereka
(Rujukan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm)
(http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1135:apakah-hudud-hanya-untuk-orang-islam)

Ahad, 1 Januari 2012

2012

Views
Tahun 2012 bermula hari ini. Setelah pelbagai kisah suka dan duka dilalui, diari baru ditatap untuk merungkai peristiwa dan azam untuk tahun ini. Dunia sepanjang tahun lepas memang banyak episod mengemparkan. Begitu juga peristiwa dalam negara yang meninggalkan kesan yang mendalam. Berikut beberapa tumpuan yang dijangka mempunyai impak besar terhadap dunia mahupun negara ini

PILIHANRAYA UMUM KE 13
Rata-rata rakyat Malaysia kini ternanti-nanti bilakah PRU ke 13 akan diumumkan. Ramai yang meneka ia akan berlangsung sekitar Mac atau April. Namun tidak mustahil juga ia akan diadakan pada tarikh lain dalam tahun ini. Apa yang pasti kuasa menentukan tarikh keramat itu ditangan Perdana Menteri. Pilihanraya kali ini begitu signifikan kerana ia dilihat sebagai paling getir dalam sejarah demokrasi negara. Ia bakal menjadi medan ujian sejauh mana tranformasi yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO diterima rakyat atau adakah pembangkang mampu meneruskan gelombang tsunami 2008.

MITOS KIAMAT KAUM MAYA
Dalam filem 2012, berdasarkan kalender kaum Maya yang berusia 5,125 tahun, dunia akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalender kuno itu dikatakan hampir tepat terutama membabitkan perubahan planet. Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalender yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tarikh 21 Disember 2012, bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekaligus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.
Tukang tilik kontraversi Nostradamus juga membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012. Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namuntiada sebarang tarikh khusus dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka. Selain itu satu lagi andaian, pada 23 Disember 2012 Planet Nibiru akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi apabila ia menceroboh sistem solar bumi. Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana lain dan ia mampu memudaratkan hidupan yang menghampirinya. Selain itu planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menganggu kestabilan geografi bumi (Mingguan Malaysia : 1 Jan 2012)
P/S: Hujan yang lebat telah turun menyambut kedatangan awal tahun baru. Bermula detik jam 12 mlm sehingga lewat petang pukul 3 tadi, baru hujan berhenti. Beberapa buah rumah di beberapa tempat di kawasan Dun Titi Tinggi dan Dun Chuping telah pun dinaiki air sehingga memaksa pusat penempatan banjir di buka di beberapa buah sekolah. Mungkin hujan yang turun ini sebagai tanda salam pengenalan pembuka tirai 2012...atau mungkin juga sebagai tanda supaya kita sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa sahaja momentum yang bakal menjelma pada tahun 2012!!!